Purple Nike Classic

Translate

Monday 21 March 2016

Apa Itu El Nino ?

Fenomena El Nino pernah berlaku di Malaysia sekitar tahun 1997-1998. Waktu itu keadaan cuaca sangat panas dan banyak berlakunya kebakaran hutan yang mengakibatkan jerebu yang teruk.

Apa Itu El Nino

Apa Itu El Nino?


El Nino adalah satu fenomena cuaca yang berlaku dalam jangka masa yang panjang, ia berlaku secara global yang melibatkan banyak negara bukan Malaysia sahaja yang terkena.

El Nino mula berlaku apabila anomali suhu permukaan air laut di kawasan khatulistiwa tengah dan timur Lautan Pasifik dengan suhu melebihi 0.5 darjah celcius selama 5 bulan berturut-turut.

Semasa fenomena El Nino melanda, air laut akan lebih panas di pasifik tengah dan timur membawa haba dan lembapan tambahan kepada atmosfera yang berada di atasnya.
Apa Itu El Nino

Pergerakan udara lembap akan naik dengan kuat dan membentuk kawasan berawan konvektif dan ribut petir serta hujan lebat dikawasan berkenaan.

Dibahagian Khatulistiwa Pasifik Barat seperti Malaysia, Indonesia, Brunie, Singapura dan Filipina akan mengalami tekanan atmosfera yang meningkat sedikit dan meyebabkan cuaca menjadi lebih kering berbanding biasa.

El Nino akan menjadi fenomena cuaca di beberapa kawasan di dunia termasuklah kawasan Asia Tenggara, Afrika, India, Benua Amerika, Australia.

El Nino terbahagia kepada dua bahagian, dimana di negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia dan juga Utara Australia kebiasaanya akan mengalami cuaca kering.
Manakala dikawasan pantai barat Amerika (termasuk Amerika Utara) pula aka dilanda cuaca yang lembap dan berkemungkinan berlakunya banjir yang buruk. Semua keadaan ini bergantugn kepada tahap kekuatan fenomena El Nino berlaku.

Fenomena El Nino bukanlah fenomena yang berlaku secara bermusim, ia selalunya berlaku dalam setiap 3-7 tahun sekali. Dan tempoh tercetusnya El Nino ini pula antar 6 hingga 18 bulan. Jadi maknanya Malaysia berisiko dilanda cuaca kering dan panas selama 18 bulan.





No comments:

Post a Comment